SEOUL, 3 JAN – Korea Selatan mengalami tahun paling panas dalam sejarahnya pada 2023, memecahkan rekod dicatatkan sebelum ini yang disebabkan oleh kesan pemanasan global yang meningkatkan suhu purata kepada 13.7 darjah Celcius (C) sepanjang tahun.
Peningkatan ketara suhu itu menandakan peristiwa penting, mengatasi rekod sebelum ini yang dicatatkan pada 2016 iaitu 13.4C, lapor agensi berita Yonhap memetik Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).
KMA juga menganggap tahun ini sebagai titik permulaan penting untuk rekod cuaca di Korea Selatan. – Bernama
