Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S hadapi masalah peningkatan warga tua

    SEOUL, 28 SEPT – Semakin ramai penduduk Korea Selatan kini terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, iaitu hampir 16 peratus daripada keseluruhan populasi, memetik statistik kerajaan hari ini.

    Warga Korea Selatan pada usia itu berjumlah 8.13 juta tahun ini atau 15.7 peratus, lapor agensi berita Yonhap.

    Jumlah itu dijangka terus meningkat hingga mencecah 10.51 juta pada 2025 atau 20.3 peratus daripada jumlah penduduk. Sebuah negara itu ditakrifkan sebagai negara tua apabila sekurang-kurangnya 21 peratus rakyatnya berumur 65 tahun ke atas.

    Negara ekonomi keempat terbesar di Asia itu menjadi negara tua pada 2017, apabila peratusan mereka berumur lebih 65 tahun mencecah lebih 14 peratus.

    Pada 2060, jumlah itu dianggar meningkat sehingga 43.9 peratus.

    Semua kawasan di Korea Selatan, kecuali bandar pusat pentadbiran Sejong, dijangka dipenuhi warga emas dalam masa 10 tahun lagi.

    Pada 2020, bilangan mereka berusia 65 tahun atau lebih dianggarkan kira-kira 14.8 peratus penduduk Sejong. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda