SEOUL, 20 Feb – Kementerian Pertahanan Korea Selatan hari ini menjangkakan pertukaran tanah tentera bagi tapak Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi(THAAD) dalam tempoh bulan ini, bermakna permulaan semula prosedur untuk menempatkan kedudukan barisan THAAD di bumi Korea Selatan menjelang akhir tahun ini.
Moon Sang-kyun, jurucakap kementerian pertahanan Seoul, memberitahu sidang media bahawa Lotte Group dikatakan mempunyai kedudukan untuk menyelesaikan isu tapak THAAD dari perspektif lebih luas. Jurucakap itu menjangkakan perjanjian berkaitan akan ditandatangani pada bulan ini, dengan mengatakan mesyuarat lembaga pengarah diramalkan diadakan pada tempoh terdekat.
Seoul dan Washington bersetuju pada Julai tahun lalu untuk menempatkan satu barisan THAAD di tenggara Korea Selatan menjelang akhir tahun ini, yang menimbulkan tentangan keras dari negara-negara jiran dan juga bantahan awam dan parlimen. Sistem pertahanan peluru berpandu AS akan menjejaskan keseimbangan serantau dan menjejaskan kepentingan keselamatan negara-negara jiran termasuklah China kerana radar X-Band THAAD boleh jauh ke dalam wilayah mereka.
Di tengah perhimpunan bantahan keras ke atas penempatan THAAD, ketenteraan Korea Selatan telah menukar tapak penempatan THAAD ke padang golf milik Lotte di rantau daerah Seongju, wilayah Utara Gyeongsang. Dalam usaha untuk mengelak kelulusan parlimen, ketente-raan Korea Selatan memilih untuk menukar tanahnya berhampiran Seoul dengan padang golf, daripada membeli tanah milik Lotte. Pembelian memerlukan perbelanjaan fiskal tambahan yang diluluskan oleh para ahli undangan. – Xinhua
