Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    Korea S, Jepun akan adakan sidang kemuncak

    SEOUL, 9 MAC – Pemimpin Korea Selatan dan Jepun akan bertemu minggu depan untuk sidang kemuncak yang dijangka memberi tumpuan kepada memperluaskan hubungan, kata kedua-dua kerajaan hari ini.

    Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Korea Selatan melancarkan langkah besar ke arah menyelesaikan hubungan dua hala yang tegang yang berpunca daripada pemerintahan penjajah Tokyo di Semenanjung Korea.

    Presiden Yoon Suk Yeol akan melawat Jepun dari 16 hingga 17 Mac atas jemputan kerajaan Jepun.

    Dalam perjalanan dua hari ini, Yoon akan mengadakan sidang kemuncak dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, menurut kerajaan Korea Selatan dan Jepun.

    Pejabat Yoon dalam satu kenyataan berkata sidang kemuncak itu akan menjadi pencapaian penting dalam pembangunan hubungan Korea-Jepun.

    Ia berkata Korea Selatan berharap kedua-dua negara akan ‘mengatasi masa lalu yang suram’ dan mengembangkan kerjasama dalam keselamatan, ekonomi dan sektor lain sebagai hasil lawatan tersebut.

    Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hirokazu Matsuno berkata jemputan Tokyo bagi pemimpin Selatan itu merupakan hasil komunikasi rapat antara kedua-dua negara sejak perasmian Yoon pada Mei.

    “Korea Selatan merupakan jiran penting yang Jepun perlu bekerjasama dalam pelbagai isu dalam masyarakat antarabangsa,” kata Matsuno.

    “Melalui lawatan akan datang, kami berharap hubungan antara kedua-dua negara akan terus berkembang berdasarkan hubungan persahabatan dan kerjasama kami sejak normalisasi hubungan diplomatik kami.”

    Pengumuman mengenai sidang kemuncak itu dibuat tiga hari selepas Korea Selatan berkata ia akan mengumpul da-na tempatan untuk membayar pampasan kepada warga Korea yang melakukan kerja paksa semasa pemerintahan penjajah Tokyo pada 1910-45. – AP

    Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol semasa Sidang Kemuncak ASEAN – Asia Timur di Phnom Penh, Kemboja, 13 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -