Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S, Jepun setuju teroka kerjasama teknologi maju

    SEOUL, 8 SEPT – Ketua pertahanan Korea Selatan dan Jepun hari ini, bersetuju meneroka kemungkinan kerjasama teknologi dalam bidang termasuk kecerdasan buatan, aset tanpa pemandu dan teknologi maju lain, menurut kementerian berkenaan.

    Menurut Agensi Berita Yonhap, Menteri Pertahanan Korea Selatan Ahn Gyu-Baek dan rakan sejawatnya dari Jepun, Gen Nakatani, mencapai kesepakatan itu ketika pertemuan mereka di Seoul, hari ini.

    Lawatan itu menandakan kunjungan rasmi pertama menteri pertahanan Jepun ke negara berkenaan dalam tempoh 10 tahun.

    Ketua pertahanan kedua-dua negara turut menekankan kepentingan mewujudkan kerjasama keselamatan dua hala, serta kerjasama tiga hala dengan Amerika Syarikat, secara ‘stabil’, menurut kementerian itu. – Bernama

    Menteri Pertahanan Korea Selatan Ahn Gyu-baek, membuka kemungkinan dengan Jepun untuk kerjasama teknologi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda