Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S lancar satelit tentera pertama

    SEOUL, 21 JULAI – Satelit komunikasi tentera pertama Korea Selatan telah berjaya dilancarkan oleh pengendali swasta SpaceX, menurut kenyataan yang dikeluarkan Seoul pada hari ini, ketika negara tersebut berusaha untuk meningkatkan kemampuan pertahanannya.

    ANASIS-II dihasrat untuk meningkatkan kemampuan Korea Selatan untuk mempertahankan diri menentang senjata nuklear Korea Utara, yang menyerangnya pada tahun 1950.

    Roket Falcon 9 yang membawa satelit berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, kata Pentadbiran Program Pertahanan (DAPA) Seoul dalam satu kenyataan.

    SpaceX mengesahkan satelit yang dihantar kira-kira 32 minit selepas berlepas, pada petang hari ini waktu tempatan.

    DAPA mengatakan pelancaran itu menjadikan Korea Selatan sebagai negara ke-10 di dunia yang memiliki satelit komunikasi khusus tentera, yang menyediakan ‘komunikasi ketenteraan yang tetap dan selamat’.

    Satelit itu dijangka tiba di orbit 36,000 kilometer dalam dua minggu dan tentera Korea Selatan akan mengambil alih sistem itu pada bulan Oktober setelah diuji, tambahnya.

    Seoul berusaha untuk meningkatkan kemampuan ketenteraannya ketika mereka berusaha menamatkanperjanjian yang mana, jika peperangan tercetus, komander Amerika Syarikat (AS) akan mengambil alih kuasa tentera gabungan mereka. Satelit itu “diharap dapat meningkatkan kemampuan operasi bebas tentera Korea Selatan,” beritahu pegawai dari kementerian pertahanannya kepada agensi berita Yonhap.

    Seoul dan Washington adalah sekutu keselamatan dan AS menempatkan 28,500 tenteranya di negara itu.

    Tetapi hubungan mereka menjadi tegang dalam beberapa tahun kebelakangan, disebabkan oleh perbezaan pendekatan ke atas Pyongyang, dan mengenai tanggungjawab pembahagian kos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda