Wednesday, October 23, 2024
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S naikkan bil elektrik kegunaan industri

    SEOUL, 23 OKT – Pengendali stesen janakuasa kerajaan Korea Selatan, Korea Electric Power Corp. (KEPCO) mengumumkan hari ini bahawa ia akan menaikkan bil elektrik untuk kegunaan industri sementara bil elektrik untuk isi rumah dan kedai kecil tidak berubah.

    Tindakan berkenaan akan menyebabkan bil tenaga industri meningkat 9.7 peratus secara purata mulai esok.

    Kadar kuasa untuk syarikat besar akan meningkat 10.2 peratus sementara kadar untuk syarikat kecil dan sederhana akan meningkat 5.2 peratus.

    KEPCO berkata kadar kuasa yang lebih tinggi mencerminkan kos pengeluaran yang lebih tinggi, terkesan akibat kenaikan harga global bagi minyak mentah. Ia turut menyatakan bahawa kenaikan caj elektrik tidak dapat dielakkan untuk membaiki infrastruktur penting dan mengembangkan grid elektrik untuk industri canggih masa depan seperti semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).

    Syarikat utiliti kuasa negera itu mencatatkan kerugian gabungan kira-kira 41 trilion won (AS$29.7 bilion) selama tiga setengah tahun hingga separuh pertama 2024, manakala hutang keseluruhan berjumlah kira-kira 203 trilion won (AS$147 bilion) pada hujung bulan Jun tahun ini.  – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda