Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S naikkan kadar elektrik

    SEOUL, 27 JUN – Korea Selatan hari ini memaklumkan kadar elektrik bagi suku ketiga dan harga gas asli untuk kegunaan awam akan dinaikkan mulai bulan depan di tengah-tengah tekanan inflasi yang semakin meningkat.

    Firma jana kuasa kerajaan, Korea Electric Power Corp (KEPCO) memaklumkan pihaknya akan menaikkan kos bahan api seunit yang diselaraskan – sebanyak lima won (AS$0.0039) setiap kilowatt jam bagi tempoh Julai-September.

    Kerajaan meluluskan rancangan kenaikan kadar elektrik KEPCO hari ini, menurut Agensi Berita Yonhap.

    Kementerian industri juga mengumumkan untuk menaikkan harga gas asli bagi isi rumah dan kegunaan komersial seba-nyak 1.11 won setiap megajoule mulai Julai.

    “Kenaikan tidak dapat dielakkan kerana harga minyak dan gas asli global telah melonjak dan mata wang tempatan terus susut.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda