Korea S peringati ulang tahun Moon-Kim

SEOUL, 27 APRIL – Korea Selatan hari ini mengadakan majlis memperbaharu komitmennya untuk menyambung semula projek landasan kereta api antara Korea, lapor agensi berita Yonhap.

Majlis itu juga sempena ulang tahun kedua sidang kemuncak pertama antara Presiden Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Projek menyambung semula dua laluan rentas sempadan, jalan raya dan landasan kereta api itu satu perjanjian penting yang dicapai dalam pertemuan pada 2018 di Panmunjom.

Namun, usaha itu terhenti sejak sidang kemuncak kedua antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim berakhir tanpa sebarang kata sepakat. – Bernama