Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S rancang AS$19 bilion tingkat industri semikonduktor

    SEOUL, 23 MEI- Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini mengumumkan pelan sokongan bernilai AS$19 bilion dolar untuk industri semikonduktor yang penting untuk negara itu.

    Korea Selatan adalah rumah kepada pembuat cip memori terkemuka dunia iaitu Samsung Electronics dan SK hynix dan pada tahun lepas turut berikrar untuk membina pusat cip terbesar di dunia menggunakan pelaburan swasta bernilai AS$456 bilion apabila ia mahu mencari kelebihan dalam industri global itu.

    “Kami telah mencipta satu program sokongan komprehensif untuk industri semikonduktor bernilai 26 trilion won Korea, yang merangkumi kewangan, infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan, serta sokongan untuk syarikat kecil dan sederhana,” menurut kenyataan dari pejabatnya.

    Pakej itu termasuk pelaburan AS$7 bilion yang diumumkan awal bulan ini.

    Yoon juga berkata Seoul akan melanjutkan faedah cukai untuk pelaburan cip, dengan harapan dapat meningkatkan pekerjaan dan menarik lebih ramai bakat ke dalam industri itu.

    Korea Selatan juga sedang membina ‘kelompok cip mega’ di luar Seoul, yang menurut kerajaan akan menjadi kompleks pembuatan semikonduktor terbesar di dunia dengan berjuta-juta peluang pekerjaan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda