Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S rancang bina pangkalan penyelidikan di Antartika

    SEOUL, 22 NOV – Korea Selatan merancang membina stesen penyelidikan di Antartika menjelang 2030 sebagai langkah berkesan dalam tindak balas terhadap perubahan iklim dan menerajui penyelidikan global di rantau yang kurang dikenali itu.

    Di bawah pelan komprehensif yang bertujuan mempromosikan aktiviti kutub, kerajaan juga memutuskan untuk membina pemecah ais generasi akan datang bagi menerajui projek penyelidikan global di Lautan Artik, lapor Yonhap memetik Kementerian Laut dan Perikanan.

    Langkah itu julung kali diambil Korea Selatan berhubung penerokaan zon kutub dan telah diluluskan Kabinet hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda