Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S sedia peruntukan besar bangun vaksin

    SEOUL, 9 JULAI – Korea Selatan akan membelanjakan 197 bilion won (AS$162 juta) untuk menyokong pembangunan vaksin dan ubat-ubatan bagi tujuan rawatan COVID-19, lapor agensi berita Yonhap memetik Kementerian Kesihatan hari ini.

    Daripada jumlah itu, 57.6 peratus, atau 111.5 bilion won, akan digunakan untuk mencari ubat-ubatan dan vaksin.

    Firma biofarmaseutikal tempatan, seperti Celltrion Inc dan Korea Green Cross Corp, masing-masing sedang mengembangkan ubat antibodi dan plasma darah, dengan ujian klinikal sebenar ke atas manusia yang bermula sebelum akhir Ogos.

    Celltion, khususnya, bekerjasama dengan rakan Britain untuk menjalankan ujian global.

    Kementerian itu berkata 39.1 bilion won akan digunakan untuk mengembangkan kajian dan infrastruktur pengeluaran dalam negara yang sangat penting bagi menangani wabak semasa dan akan datang.

    Sehingga hari ini, Korea Selatan mengesahkan 13,293 kes COVID-19 dan 287 kematian, dengan lebih 1.37 juta orang diuji setakat ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda