Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

    SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara dengan harapan dapat membuka semula dialog dengan negara nuklear pimpinan Kim Jong Un itu.

    Menteri Penyatuan Korea Selatan, Kwon Youngse tidak menyatakan jenis bantuan yang dapat disokongnya tetapi berharap bantuan tersebut dapat mendorong menjalinkan semula hubungan diplomatik.

    Korea Utara telah menggantung hampir semua kerjasama dengan saingan Korea Selatan sejak rundingan nuklearnya dengan Amerika Syarikat gagal pada 2019 berhubung perselisihan faham dalam pelepasan sekatan yang diketuai AS dan langkah untuk mengurangkan program senjata nuklear dan peluru berpandunya.

    Kim meningkatkan lagi ketegangan pada 2022 dengan menguji lebih daripada 70 peluru berpandu, termasuk senjata berkeupayaan nuklear dari pelbagai jarak yang menyasarkan Korea Selatan dan benua Amerika Syarikat.

    Kim menyelubungi aktiviti ujiannya dengan kenyataan provokatif bahawa Korea Utara akan menggunakan nuklearnya terlebih dahulu dalam situasi krisis terhadap Korea Selatan atau AS, ketika sekutu itu menghidupkan semula latihan ketenteraan berskala besar mereka untuk mengatasi peningkatan ancaman Korea Utara.

    Sambil mengabaikan gesaan Korea Selatan untuk rundingan, Korea Utara telah mempersendakan tawaran Presiden Yoon Suk Yeol untuk faedah ekonomi sebagai pertukaran untuk langkah penyahnuklear, menuduh Seoul mengitar semula cadangan yang telah ditolak oleh Pyongyang.

    Walaupun keutamaan Korea Selatan pada masa ini adalah untuk mengekalkan prinsip pertahanan yang kukuh bersama-sama dengan pakatannya dengan Amerika Syarikat terhadap Utara, ia juga penting untuk melakukan usaha yang konsisten untuk menghidupkan semula dialog, kata Kwon. – AP

    Foto yang menunjukkan pelancaran peluru berpandu Korea Utara dipaparkan di Pos Pemerhatian Penyatuan di Paju berhampiran sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda