Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar negara, kata pegawai, hari ini.

    Kerajaan mengumumkan rancangan itu selepas mesyuarat peringkat tinggi dengan parti pemerintah, sambil menyatakan bahawa akta organisasi kerajaan yang telah disemak semula akan dicadangkan pada Julai untuk pelancaran kementerian itu, lapor agensi berita Yonhap.

    Kementerian baharu itu akan memberi tumpuan kepada strategi dan perancangan bagi isu-isu demografi seperti kadar kelahiran rendah, penuaan populasi, tenaga kerja dan imigresen.

    Kementerian itu juga akan bertanggungjawab menggubal dasar-dasar berkaitan populasi dan strategi jangka sederhana hingga panjang, mengambil alih tugas yang kini diuruskan oleh Kementerian Kesihatan dan Kewangan.

    Ketua kementerian itu juga akan berperanan sebagai timbalan perdana menteri untuk hal ehwal sosial, satu daripada dua jawatan timbalan perdana menteri yang kini disandang oleh menteri pendidikan.

    Sebaik sahaja dilancarkan, kementerian itu akan merancang untuk memperhebat kempen dan promosi bagi menangani cabaran demografi serta menjalankan penyelidikan dan analisis data demografi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...