Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea selatan adakan mesyuarat tindakan susulan pengumuman tarif oleh trump

    SEOUL, 8 JULAI – Pejabat Presiden Korea Selatan akan mengadakan mesyuarat tindakan bersama kementerian berkaitan hari ini bagi membincangkan langkah berhubung rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS), susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump bahawa Washington akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan Korea Selatan, namun melanjutkan tarikh akhir rundingan itu.

    Menurut agensi berita Yonhap, Ketua Turus Presiden bagi Dasar, Kim Yong-beom akan mempengerusikan mesyuarat pada 1:30 tengah hari yang akan dihadiri pembantu kanan, menteri penyelarasan dasar kerajaan serta pegawai kanan daripada Kementerian Perindustrian, Kewangan dan Hal Ehwal Luar Negeri.

    Para peserta dijangka meneliti perkembangan terkini rundingan tarif dan menyelaras strategi tindakan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda