Monday, November 25, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan alami salji paling lebat sejak 40 tahun

    SEOUL, 31 DIS – Ibu negara Korea Selatan, Seoul, menerima jumlah salji yang turun terbesar yang dicatatkan sehari pada Disember selama lebih 40 tahun kelmarin, tetapi tiada laporan mengenai sebarang kematian atau kecederaan berkaitan cuaca.

    Agensi cuaca negara itu berkata hari ini salji 12.2 sentimeter turun di Seoul pada hari sebelumnya, yang paling lebat sejak 1981.

    Pentadbiran Meteorologi Korea berkata amaran salji tebal telah dikeluarkan di seluruh kawasan Seoul kelmarin sebelum ia ditarik balik pada hari itu. Ia berkata kawasan lain di Korea Selatan juga menerima salji atau hujan kelmarin.

    Agensi keselamatan Korea Selatan berkata salji di Seoul dan kawasan lain menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi tiada kematian atau kecederaan telah dilaporkan. – AP

    Orang ramai berjalan melalui salji di Goyang, Korea Selatan, pada 30 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda