Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Korea Selatan ‘ampun’ pewaris Samsung

    SEOUL, 12 OGOS – Pewaris dan ketua de facto kumpulan Samsung yang disabitkan dengan kesalahan rasuah tahun lalu, menerima pengampunan presiden Korea Selatan atas alasan ekonomi, hari ini.

    Melalui pengampunan yang diperoleh Lee Jae-yong, ia akan membolehkan beliau kembali bertugas sepenuhnya dengan penarikan semula sekatan pekerjaan pasca penjara selama lima tahun.

    Beliau dipenjarakan kerana kesalahan berkaitan dengan skandal rasuah besar-besaran yang menjatuhkan bekas presiden, Park Geun-hye.

    Presiden Yoon Suk-yeol, berkata pengampunan itu bertujuan untuk memperbaiki keadaan rakyat terjejas oleh pandemik COVID yang berpanjangan.

    Menteri Kehakiman, Han Dong-hoon, berkata Jae-yong, yang disabitkan dengan rasuah dan penyelewengan pada Januari tahun lalu, akan dikembalikan semula jawatannya bagi memberi peluang buat jutawan terbabit menyumbang untuk mengatasi krisis ekonomi negara. – AFP

    Gambar fail menunjukkan naib pengerusi Samsung Electronics Lee Jae-yong (tengah) tiba di Mahkamah Daerah Seoul di Seoul, Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...