Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan, AS akan adakan rundingan perdagangan

    SEOUL, 21 APRIL – Pemangku Presiden Korea Selatan berkata hari ini menteri kewangan dan perdagangannya akan mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington minggu ini ketka mereka berusaha mengelak tarif Donald Trump.

    Negara itu merupakan pengeksport utama ke Amerika Syarikat (AS), dan syarikat gergasi seperti Samsung Electronics serta pembuat kereta Hyundai akan menerima kesan yang besar jika Rumah Putih meneruskan tarif yang ditetapkan.

    “Semasa panggilan telefon dengan Presiden Donald Trump pada hari kelapan, kami bersetuju untuk mengadakan perbincangan yang membina mengenai kerjasama ekonomi, termasuk imbangan perdagangan antara Korea Selatan dan AS, melalui mesyuarat peringkat menteri,” kata Pemangku Presiden, Han Duck-soo.

    Menteri Kewangan, Choi Sang-mok dan Menteri Perdagangan dan Industri, Ahn Duk-geun akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan AS, Bessent dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer pada Khamis untuk menandakan titik permulaan yang bermakna untuk kerjasama masa depan.

    Han berkata pada mesyuarat pasukan petugas kerajaan, “Kerajaan akan meneruskan rundingan ini dengan tenang dan bersungguh-sungguh, di bawah prinsip meletakkan kepentingan negara di atas segalanya, untuk mencari penyelesaian yang saling menguntungkan.”

    Han menambah perbincangan akan bertumpu kepada imbangan perdagangan, pembinaan kapal dan gas asli cecair (LNG).” – AFP

    Han (tengah), bercakap semasa mesyuarat Kabinet di kompleks kerajaan di Seoul, Korea Selatan pada 8 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda