Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan, AS jalani latihan tentera bersama

    SEOUL, 30 April – Korea Selatan dan Amerika Syarikat menamatkan latihan ketenteraan tahunan skala besar mereka hari ini, namun meneruskan latihan tentera laut bersama secara berasingan yang telah mencetuskan ancaman terus dari Korea Utara.

    Ketegangan di semenanjung Korea telah meningkat buat beberapa minggu, dengan petanda bahawa Korea Utara berkemungkinan bersedia melancarkan peluru berpandu jarak jauh atau ujian nuklear keenam dan dengan Washington enggan menolak serangan ketenteraan sebagai tindak balas.

    Latihan digelar ‘Foal Eagle’, di mana kementerian pertahanan di Seoul berkata sudah ditamatkan seperti yang dijadualkan hari ini, melibatkan kira-kira 20,000 askar Korea Selatan dan 10,000 askar AS. Satu lagi latihan bersama digelar ‘Key Resolve’ telah berakhir bulan lepas.

    Kedua-duanya memainkan senario bagi konflik bersama Korea Utara, namun Seoul dan Washington menegaskan mereka hanya menjalankan latihan pertahanan, meskipun Pyongyang mendakwa ia satu latihan provokatif bagi pencerobohan.

    Kesimpulannya biasanya menandakan satu tempoh ketenangan dalam beberapa ketegangan Korea Utara, namun tahun ini situasi nampaknya kekal tidak menentu.

    Presiden AS Donald Trump telah memberi amaran akan kemungkinan ‘konflik utama’ sementara Pyongyang telah menjalankan beberapa siri ujian peluru berpandu yang gagal, termasuk satu latihan kelmarin dan latihan besar peluru hidup ketenteraan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda