SEOUL, 29 OKT – Korea Selatan merancang melancarkan garis panduan “hidup bersama COVID-19” pada bulan depan memandangkan kadar peratusan penduduk lengkap vaksinasi COVID-19 hampir mencecah 70 peratus, menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan pada Jumaat.
Bermula 1 November, sekatan waktu perniagaan beberapa kemudahan awam termasuk restoran dan kafe, akan ditarik balik kecuali kelab malam. Garis panduan itu mempunyai tiga peringkat, di bawah fasa pertama pusat hiburan lain akan dibenarkan beroperasi sehingga tengah malam, menurut Xinhua.
Buat masa ini, restoran dan kafe dibenarkan dibuka hingga 10 malam waktu tempatan, manakala di beberapa kawasan lain waktu perniagaan dihadkan sehingga tengah malam. – Bernama