Wednesday, April 9, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan bakal lancar satelit pengintip kedua

    SEOUL, 5 APRIL – Korea Selatan akan melancarkan satelit pengintip tentera kedua di Amerika Syarikat (AS) minggu depan, menurut kementerian pertahanan Seoul hari ini, dalam langkah terbaharunya untuk menentang Korea Utara yang bersenjatakan nuklear.

    Pengumuman itu dibuat selepas Seoul mengesahkan kejayaan pelancaran satelit pengintip tenteranya yang pertama, yang dibawa oleh roket ‘SpaceX Falcon 9’, milik Elon Musk pada Disember lepas.

    Perkembangan terkini mempergiatkan perlumbaan angkasa lepas di Korea selepas Korea Utara melancarkan pengintipan ketenteraan pertamanya di langit pada November lalu.

    Satelit pengintip kedua Seoul bersedia untuk berlepas dari Pusat Angkasa John F. Kennedy di Florida, juga dengan roket yang sama pada 7 April, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Seoul.

    Satelit pertamanya telah menghantar imej resolusi tinggi Pyongyang kepada pihak berkuasa di Seoul dan dijangka memulakan peringkat misi penuhnya seawal Jun, menurut agensi berita Seoul, Yonhap.

    Seoul merancang untuk melancarkan sejumlah lima satelit pengintip tentera menjelang 2025.

    Sebaik sahaja kelima-lima satelit memasuki orbit dan memulakan misi mereka, tentera Korea Selatan akan mempunyai keupayaan untuk memantau kemudahan utama di Korea Utara menggunakan pengimejan yang dihantar sekitar setiap dua jam, menurut laporan oleh penyiar KTV. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda