Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan bakal umum hasil siasatan Jeju Air

    SEOUL, 19 NOV – Panel kerajaan Korea Selatan yang menyiasat insiden pesawat Jeju Air pada akhir 2024 berkata hari ini, ia akan mengadakan sesi pendengaran awam awal bulan depan untuk mengumumkan hasil siasatan sementaranya, lapor agensi berita Yonhap.

    Lembaga Siasatan Nahas Penerbangan dan Landasan Kereta Api (ARAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan itu berkata, sesi pendengaran awam itu akan diadakan di Seoul pada 4 dan 5 Disember selepas menjalankan siasatan terhadap kemalangan maut pada 29 Disember tahun lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan yang meragut 179 nyawa penumpang dan anak kapal.

    Bagaimanapun, kumpulan waris mangsa berikrar memboikot dan menghalang pendengaran awam itu kerana mempersoalkan keneutralan dan kebebasan ARAIB.

    Sebuah pesawat Jeju Air dari Bangkok terbakar selepas merempuh struktur konkrit penanda ‘localiser’ ketika ia terbabas melepasi landasan semasa melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang itu, kira-kira 290 kilometer di selatan Seoul. – Bernama

    Gambar fail sebuah pesawat Jeju Air Boeing 737-800 yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Seoul, Korea Selatan pada 30 Disember 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda