Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan beri jaminan makanan lautnya selamat

    SEOUL, 31 OKT – Korea Selatan memberi jaminan makanan laut dari negara itu selamat untuk dimakan walaupun terdapat kebimbangan mengenai pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke lautan.

    “Saya yakin laut dan hasil makanan laut kita benar-benar selamat tetap tidak berubah,” kata Menteri Perikanan dan Laut, Cho Seung Hwan dalam sidang media, lapor agensi berita Yonhap.

    Menteri itu berkata terdapat data yang mencukupi untuk menyokong dakwaan berkenaan.

    Beliau berkata walaupun timbul isu keselamatan, jualan makanan laut di pasaran tempatan telah meningkat.

    Menurut beliau, kerajaan akan terus melancarkan acara promosi dan mengedarkan kupon untuk meningkatkan penggunaan tempatan.

    Cho berkata beliau mengakui terdapat kebimbangan berterusan dalam kalangan penduduk berhubung pelepasan air sisa radioaktif Jepun. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda