Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan buka cadangkan calon menteri, ketua agensi

    SEOUL, 10 JUN – Pejabat Presiden Korea Selatan mengumumkan hari ini, mereka akan menerima cadangan orang ramai untuk jawatan menteri Kabinet, timbalan menteri dan ketua agensi kerajaan, selaras dengan janji Presiden Lee Jae Myung untuk membentuk kerajaan berteraskan penyertaan rakyat.

    Menurut jurucakap presiden Kang Yu Jung, orang ramai boleh menghantar cadangan mereka melalui laman sesawang rasmi Kementerian Pengurusan Personel mulai Selasa untuk tempoh satu minggu, lapor agensi berita Yonhap.

    Cadangan itu juga boleh dihantar melalui akaun media sosial rasmi Lee dan e-mel.

    “Pentadbiran Lee Jae Myung akan membuka luas pintu kerajaan yang diperintah oleh rakyat dengan aktif mencari bakat sebenar melalui sistem pencalonan yang telus dan adil,” kata Kang. – Bernama

    Lee Jae Myung (kiri) dan isteri, Kim Hea Kyung semasa menghadiri Majlis Perhimpunan Kebangsaan di Seoul, Korea Selatan pada 4 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda