Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Korea Selatan catat defisit perdagangan

    SEOUL, 13 FEB – Korea Selatan mencatatkan defisit perdagangan untuk 10 hari pertama bulan Februari disebabkan peningkatan pantas dalam import berbanding eksport, menurut data pejabat kastam hari ini.

    Defisit perdagangan berjumlah AS$4.97 bilion dalam tempoh 1 hingga 10 Februari, meningkat daripada defisit AS$3.57 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, menurut Perkhidmatan Kastam Korea.

    Imbangan perdagangan kekal merah untuk bulan ke-11 berturut-turut hingga Januari apabila defisit dagangan mencecah rekod tertinggi bulanan sebanyak AS$12.69 bilion.

    Eksport meningkat 11.9 peratus kepada AS$17.62 bilion dalam tempoh 10 hari, manakala import berkembang 16.9 peratus kepada AS$22.59 bilion.

    Sementara itu, purata eksport harian jatuh 14.5 peratus dalam tempoh yang disebut.

    Penghantaran keluar mengekalkan aliran menurun untuk bulan keempat berturut-turut hingga Januari.

    Manakala, eksport semikonduktor turun 40.7 peratus, dan bagi peranti mudah alih dan perkakas rumah masing-masing menyusut 8.3 peratus dan 32.9 peratus. – Xinhua

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...