Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Korea Selatan dijangka terus dilanda gelombang haba

    SEOUL, 31 JULAI – Gelombang haba dijangka berterusan melanda Korea Selatan pada hari ini, dengan suhu diramal melebihi paras 35 darjah Celsius (C) di kebanyakan kawasan negara berkenaan. 

    Suhu harian tertinggi di kebanyakan kawasan diramal mencecah antara 29 C hingga 35 C, manakala suhu melebihi 35 C dijangka melanda hampir di seluruh negara, lapor Yonhap memetik Pentadbiran Kaji Cuaca Korea.  

    Pada pukul 8 pagi, suhu di kawasan selatan negara berada di sekitar 30 C, dengan suhu di bandar pelabuhan Busan kekal pada 29.1 C, di Ulsan (28.7 C) dan di Daegu  (28.4 C).

    Suhu direkodkan 26.8 C di Seoul dan 26.6 C di bandar berdekatan Incheon pada pukul 8 pagi.

    Kawasan bandar termasuk Seoul dan kawasan pesisir mengalami malam tropika semalam dengan suhu kekal 25 C atau lebih tinggi sepanjang malam. 

    Menurut agensi itu, gelombang haba dijangka berterusan untuk beberapa waktu, dengan suhu harian tertinggi diramal meningkat lebih tinggi hingga 2 C pada Selasa dan Rabu nanti.

    Korea Selatan telah menyaksikan sekurang-kurangnya 12 kematian hujung minggu lepas, termasuk empat daripada mereka berusia antara 70-an hingga 90-an, meninggal dunia ketika bekerja di ladang di Wilayah Gyeongsang Utara.  

    Suhu panas dijangka membawa hujan lebat sehingga 80 milimeter (mm) di kebanyakan kawasan negara pada hari ini, termasuk kawasan sekitar Seoul dan Pulau Jeju.

    Kawasan di bahagian tengah kemungkinan akan mengalami hujan lebat sehingga 60 mm sejam. – Bernama

    – Canva

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini