Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan dilanda cuaca paling sejuk

    SEOUL, 23 DIS – Korea Selatan menyaksikan hari paling sejuk pada Jumaat pada musim sejuk kali ini dengan suhu -13.6 darjah Celsius dicatatkan di Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap. 

    Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) suhu beku disertai salji tebal melanda di bahagian selatan negara ini termasuk di Chungcheong dan Jeolla serta pulau peranginan Jeju.

    Di kawasan pedalaman dan pergunungan di wilayah Gangwon, masing-masing merekodkan suhu -20°C dan -26.3° darjah Celsius, paras terendah setakat ini. Cuaca sejuk dijangka berterusan sehingga Krismas pada Ahad.

    Selain itu, salji tebal di bahagian selatan negara itu dicatatkan untuk tempoh dua hari berturut-turut pada Jumaat, menyebabkan berlaku nahas jalan raya, penutupan jalan raya dan pembatalan perkhidmatan penerbangan.

    Setakat 6 pagi, kawasan pergunungan di pulau peranginan Jeju telah menerima salji sehingga 75.9 sentimeter, menurut KMA. Banyak penerbangan di pulau itu telah dibatalkan sejak dua hari lalu, menurut pegawai lapangan terbang.

    Semua perkhidmatan feri penumpang yang menghubungkan tanah besar ke pulau itu turut dibatalkan susulan amaran angin kencang yang dikeluarkan pihak berkuasa. Amaran salji lebat juga dikeluarkan untuk bahagian selatan negara itu termasuk Chungcheong dan Jeolla, menurut KMA. – Bernama

    Sebuah kereta yang dilitupi oleh salji. Korea Selatan menyaksikan hari paling sejuk pada musim sejuk kali ini dengan suhu -13.6°C dicatatkan di Seoul.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda