Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan ganda keluaran industri bioteknologi

    SEOUL, 29 MAC – Korea Selatan bersedia untuk menggandakan pengeluaran industri bioteknologinya dalam tempoh 15 tahun, kepada 200 trilion won (AS$149 bilion) menjelang 2035 daripada 43 trilion won pada 2020, menurut Presiden, Yoon Suk Yeol, Selasa lalu.

    Kementerian Sains dan ICT mentakrifkan keluaran industri sains hayat sebagai keluaran domestik semua jenis produk biofarmaseutikal termasuk biosimilar, peralatan perubatan, makanan tambahan, biojisim dan perkhidmatan berkaitan bioteknologi.

    Selain itu, pentadbirannya akan memupuk persekitaran di mana lebih 1,000 buah syarikat teroka sains hayat diasaskan setiap tahun bermula pada 2035, meningkat daripada 400 setiap tahun setakat ini, tambah Yoon semasa perbahasan dasar ke-24 yang diadakan Selasa lepas di Cheongju, Wilayah Chungcheong Utara.

    Matlamat itu boleh dicapai melalui peningkatan pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi sains hayat mulai tahun depan.

    “Industri bioteknologi termaju akan menjadi enjin pertumbuhan seterusnya, mencerminkan kejayaan industri semikonduktor di sini,” kata Yoon kepada kira-kira 100 peserta dalam perbahasan dasar.

    Yoon memberi tabik hormat kepada bendera negara tersebut semasa beliau mempengerusikan perbahasan dasar ke-24 yang diadakan di Bandar Cheongju, Wilayah Chungcheong Utara, pada 26 Mac. – ANN/The Korean Herald

    Ini adalah sebahagian daripada ‘inisiatif bio canggih’ yang dipetakan semasa perbahasan, bertujuan untuk membincangkan inisiatif dasar utama pentadbiran Yoon.

    “Timbul ramalan pasaran sains hayat akan berkembang dua kali ganda dalam 10 tahun akan datang, tetapi saya rasa, pasaran akan menjadi lebih besar”.

    “Negara-negara maju sedang bersaing untuk menerajui industri bio. Kita tidak boleh ketinggalan begitu saja.

    Sebaliknya, kita perlu meningkatkan usaha untuk meneroka peluang yang tidak terkira banyaknya dalam industri bio yang canggih.”

    Yoon juga berikrar untuk menjadikan Wilayah Chungcheong Utara ‘kelompok sains hayat Boston.’ – ANN/The Korean Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda