Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan ganti CCTV buatan China dengan model tempatan

    SEOUL, 13 SEPT – Tentera Korea Selatan memberitahu AFP hari ini bahawa ia telah menurunkan lebih daripada 1,000 kamera pengawasan (CCTV), termasuk beberapa unit yang berhampiran sempadan dengan Korea Utara, selepas mendapati ia dibuat di China.

    Kira-kira 1,300 CCTV yang dipasang di pangkalan tentera, termasuk di sepanjang sempadan yang dikawal ketat, telah diturunkan, kata seorang pegawai tentera kepada AFP.

    Semasa pemeriksaan rutin, peralatan tersebut didapati dibuat di China, tetapi dibekalkan oleh sebuah syarikat Korea.

    Isu itu ‘dikenal pasti dalam proses mendiagnosis bersama peralatan asing untuk separuh pertama tahun ini bagi mengenal pasti kelemahan keselamatan peralatan asing yang diperkenalkan dalam tentera’, kata Kementerian Pertahanan Negara dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

    Dalam satu taklimat hari ini yang dilaporkan oleh media tempatan, tentera berkata CCTV ini ‘didapati direka bentuk supaya dapat menghantar rakaman yang direkodkan secara luaran dengan menyambung ke pelayan tertentu di China’.

    “Tiada data yang sebenarnya telah bocor.” Menurut kementerian pertahanan Seoul, CCTV buatan China sedang dikumpulkan dan digantikan dengan model buatan dalam negara. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda