Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Korea Selatan gantung F-35s selepas pendaratan cemas

    SEOUL, 5 JAN – Korea Selatan telah menggantungkan keseluruhan jet pejuang canggih F-35, menurut pegawai hari ini, menunggu siasatan mengenai pendaratan kecemasan dramatik.

    Apabila gear pendaratan jet pejuang F-35A Korea Selatan tidak berfungsi semasa kerosakan sistem utama, juruterbang memilih untuk tidak melentingkan diri dan sebaliknya mendaratkan jet itu secara manual – ia berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan.

    Insiden ngeri itu berlaku kelmarin, di pangkalan tentera udara di bahagian barat negara, menyebabkan siasatan dilancarkan yang mana jet pejuang F-35s Korea Selatan akan digantung operasi.

    “Dengan siasatan masih dijalankan, keseluruhan F-35 akan digantungkan daripada melakukan penerbangan,” pegawai kementerian pertahanan memberitahu AFP.

    Korea Selatan membuat 40 tempahan varian F-35A dari pembekal Amerika Syarikat, Lockheed Martin, menerima kumpulan pertama lima tahun kemudian.

    F-35A terbang di altitud rendah apabila juruterbang mendengar bunyi dentuman, dan menyebabkan dia membuat pemeriksaan sistem pesawat.

    “Kesemua sistem tidak berfungsi kecuali kawalan penerbangan dan enjin,” katanya, menambah bahawa juruterbang memilih untuk tidak melentingkan diri dan membuat keputusan untuk mendaratkan jet secara manual.

    Pihak tentera menyembur buih khas di landasan pangkalan tentera udara bagi menghalang letupan yang dihasilkan akibat geselan dibuat oleh pesawat yang menyentuh permukaan pada kelajuan tinggi, kata Shin Ok-chul, ketua kakitangan Tentera Udara Korea Selatan.

    Pesawat F-35 Lightning II adalah salah sebuah pesawat pejuang paling canggih dan lincah di dunia, mempunyai ciri teknologi sembunyi dan komunikasi canggih.

    Sebelum insiden di Korea Selatan, kemalangan jet paling terkini melibatkan pesawat F-35B Britain yang menjunam ke Mediterranean semasa berlepas dari pengangkutan pesawat HMS Queen Elizabeth pada November, yang mana juruterbangnya berjaya melentingkan diri dengan selamat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...