Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan ikrar tingkat sokongan untuk pelarian Palestin

    SEOUL, 6 OKT – Menteri Luar Korea Selatan, Park Jin hari ini berikrar untuk terus meningkatkan bantuan kewangan kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi terus menyokong pelarian Palestin, lapor agensi berita Yonhap.

    Park membuat kenyataan itu sebelum pertemuannya dengan pesuruhjaya agung Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA), Philippe Lazzarini, ketika Korea Selatan akan berkhidmat sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk tempoh dua tahun.

    “Korea Selatan akan mengambil tempat dalam Majlis Keselamatan PBB mulai tahun depan selama dua tahun,” kata Park. “Sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB, kami komited untuk memainkan peranan yang membina dalam (masalah) Palestin.”

    “Kami juga akan terus meningkatkan sumbangan kewangan kami kepada UNRWA supaya kami dapat menyokong kehidupan pelarian Palestin dengan lebih baik,” tambahnya.

    Lazzarini mengucapkan tahniah kepada Korea Selatan kerana memenangi kerusi UNSC dan menekankan kepentingan kerjasama antara agensinya dengan Seoul dalam menyelesaikan isu Palestin.

    Beliau juga menyeru agar perhatian dan sokongan diberi kepada pelarian Palestin yang telah menunggu terlalu lama untuk penyelesaian politik yang adil dan berkekalan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda