Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Korea Selatan, India naik taraf perjanjian perdagangan

    SEOUL, 3 NOV – Korea Selatan dan India hari ini melancarkan rundingan pusingan baharu untuk menaik taraf perjanjian perdagangan dua hala selepas terhenti selama tiga tahun, lapor Yonhap, memetik kementerian perdagangan di sini.

    Kedua-dua negara telah melaksanakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) pada Januari 2010 dan memulakan perbincangan untuk menaik taraf pakatan itu pada 2015.

    Walaubagaimanapun, rundingan tersebut terhenti sejak Jun 2019 kerana pandemik COVID dan pelbagai isu lain.

    Pusingan kesembilan bermula di Seoul dan berlangsung lebih dua hari, dan kedua-dua pihak akan membincangkan kaedah menambah baik perjanjian termasuk mengenai tarif barangan dan perkhidmatan, pelaburan, dan peraturan asal, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...