Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan: Jangka hayat naik, bunuh diri kekal tinggi

    SEOUL, 31 JULAI – Jangka hayat rakyat Korea Selatan mencecah 83.5 tahun setakat 2023, mengatasi purata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) iaitu 81.1 tahun sebanyak 2.4 tahun, menurut laporan yang dikeluarkan oleh organisasi berpangkalan di Paris itu, kelmarin.

    Namun begitu, laporan Statistik Kesihatan OECD 2025 yang sama, yang dikeluarkan melalui Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan, menunjukkan bahawa negara itu masih mencatatkan kadar bunuh diri tertinggi dalam kalangan negara anggota OECD, meskipun mencatat kemajuan dalam jangka hayat dan hasil kesihatan.

    Jangka hayat merujuk kepada purata bilangan tahun yang dijangka akan hidup bagi seorang anak damit yang baru lahir berdasarkan trend kematian semasa. Beberapa petunjuk juga menunjukkan peningkatan dalam hasil perubatan.

    Kadar kematian boleh dielakkan di Korea Selatan – yang merujuk kepada purata kematian akibat punca yang boleh dicegah – ialah 151.0 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2022, jauh lebih rendah berbanding purata OECD iaitu 228.6. Angka yang lebih rendah menunjukkan kualiti persekitaran perubatan yang lebih baik. – ANN/The Korea Herald

    Sejak tahun 2003, Korea Selatan menduduki tangga teratas dalam senarai OECD bagi kadar kematian akibat bunuh diri. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda