Tuesday, July 2, 2024
22 C
Brunei

    -

    Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

    SEOUL, 19 JUN – Agensi cuaca Korea Selatan pada hari ini mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.

    Nasihat gelombang haba itu dikeluarkan di banyak kawasan di seluruh negara, termasuk ibu kota Seoul dan wilayah sekitar Gyeonggi, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), lapor Xinhua.

    Nasihat itu dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka kekal melebihi 33 darjah Celsius selama lebih daripada dua hari berturut-turut.

    Suhu diramalkan mencecah setinggi 37 darjah Celsius di Goyang, utara Seoul.

    Suhu harian dijangka mencapai 36 darjah di bandar pedalaman tenggara Daegu, 35 darjah di Seoul dan 33 darjah di bandar pelabuhan tenggara Busan.

    Gelombang haba dijangka melanda kawasan tengah negara buat sementara waktu, tetapi awan tebal dan hujan diramal menurunkan suhu di wilayah selatan dan pulau selatan Jeju pada Khamis. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...