Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan lancar pakej bantuan kecemasan untuk pengeluar kereta

    SEOUL, 9 APRIL – Korea Selatan hari ini melancarkan pakej bantuan kecemasan bernilai AS$2 bilion untuk pengeluar keretanya yang memfokus pada eksport, dengan memberi amaran bahawa tarif 25 peratus oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke atas sektor itu mungkin memberikan tamparan hebat.

    “Memandangkan kereta dan alat ganti kereta adalah eksport utama Korea Selatan ke AS, keputusan untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan ini dijangka memberikan tamparan hebat kepada industri kami,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

    Minggu lalu, Trump mengumumkan tarif menyeluruh dan besar-besaran terhadap rakan dagangan terbesar AS, yang paling teruk dijangka dikuatkuasakan hari ini.

    Barangan dari Korea Selatan ditetapkan untuk dikenakan cukai sebanyak 25 peratus.

    Trump juga mengenakan tarif tinggi ke atas kereta buatan asing yang dijual di AS, menimbulkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menyebabkan ekonomi keempat terbesar di Asia itu bergelut untuk bertindak balas.

    Gambar menunjukkan kenderaan di kilang pemasangan semasa lawatan media di Hyundai Motor Group Metaplant America pada 26 Mac di Ellabell, Georgia. – AP

    “Selepas rundingan industri, Seoul telah memutuskan untuk memperkenalkan satu set langkah jaringan keselamatan industri yang bertumpu pada permintaan paling penting,” katanya.

    Kerajaan juga telah berjanji untuk mengambil tindakan yang fleksibel bergantung pada tahap kerosakan industri pada masa hadapan.

    Eksport berkaitan auto Korea Selatan ke AS berjumlah AS$42.9 bilion tahun lepas, menurut pegawai.

    Di bawah rancangan itu, kerajaan akan mengembangkan program pembiayaan kos rendahnya untuk industri kereta sebanyak dua trilion won (AS$1.34 bilion).

    Hyundai Motor, pembuat kereta terbesar Korea Selatan, juga akan mewujudkan program sokongan satu trilion won untuk syarikat kereta domestik dengan kerjasama institusi kewangan utama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda