Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan lancar satelit gred komersial pertama

    SEOUL, KOREA SELATAN, 25 MEI – Korea Selatan berjaya melancarkan satelit gred komersial buat pertama kali hari ini sebagai sebahagian daripada program pembangunan angkasa lepasnya yang semakin berkembang, ketika pesaingnya, Korea Utara sedang berusaha untuk menempatkan satelit pengintip tenteranya yang pertama ke orbit.

    Kedua-dua Korea, secara teknikal dalam keadaan perang, tidak mempunyai satelit peninjau tentera sendiri dan kedua-duanya tidak sabar-sabar untuk memilikinya.

    Pelancaran hari ini berkemungkinan akan membantu usahanya untuk membangunkan sistem pengawasan berasaskan angkasa.

    Roket Nuri yang dibina secara tiga peringkat di dalam negara berlepas dengan muatan lapan satelit, termasuk satelit gred komersial utama yang misinya adalah untuk mengesahkan teknologi pengimejan radar dan memerhati sinaran kosmik di orbit berhampiran Bumi.

    Menteri Sains, Lee Jong Ho kemudiannya memberitahu sidang akhbar di televisyen bahawa pelancaran itu berjaya, berkata ia membuktikan kebolehpercayaan roket dan potensi Korea Selatan untuk mengendalikan pelbagai satelit dan meneroka angkasa.

    Pelancaran itu meningkatkan harapan Korea Selatan untuk mengejar jiran Asia seperti China, Jepun dan India dalam perlumbaan angkasa serantau.

    Lee berkata Korea Selatan merancang untuk menjalankan tiga lagi pelancaran roket Nuri menjelang 2027 dan akan berusaha untuk membangunkan kenderaan pelancar yang lebih maju. – AP

    Dalam foto yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea ini, roket Nuri berlepas dari landasan pelancaran di Pusat Angkasa Naro di Goheung, Korea Selatan pada 25 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda