Thursday, October 24, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan lancar satelit pengintip pertama

    SEOUL, 3 DIS – Korea Selatan melancarkan satelit pengintip tenteranya yang pertama ke angkasa pada Jumaat lalu, kira-kira seminggu selepas Korea Utara mendakwa mendirikan satelit pengintipnya sendiri ke orbit untuk kali pertama ketika ketegangan meningkat antara kedua-dua buah negara itu.

    Dilancarkan dari Pangkalan Angkasa Force Vandenberg di California menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX, ia merupakan satelit pengintip pertama daripada lima yang dirancang oleh Korea Selatan untuk dihantar ke angkasa menjelang tahun 2025 di bawah kontrak dengan SpaceX.

    Rancangan itu sepatutnya dijadualkan pada awal minggu tetapi ditangguhkan kerana keadaan cuaca.

    Korea Selatan sebelum ini tidak mempunyai satelit pengintip tentera sendiri di angkasa dan sebahagiannya bergantung kepada satelit pengintip Amerika Syarikat untuk memantau pergerakan Korea Utara.

    Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyifatkan pelancaran itu berjaya, dan menyatakan satelit itu berkomunikasi dengan stesen daratan luar negara.

    Imej daripada video yang disediakan oleh SpaceX menunjukkan Korea Selatan melancarkan satelit pengintip ketenteraannya yang pertama dari Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, pada 1 Disember. – AP

    Kenyataan kementerian tersebut berkata pelancaran itu membolehkan tentera Korea Selatan memperoleh sistem pengawasan berdasarkan ruang yang bebas.

    Ia berkata satelit itu juga akan membantu memperkukuh keupayaan serangan peluru berpandu tentera terlebih dahulu, sebahagian daripada sistem tiga-paksi yang merangkumi pertahanan peluru berpandu serta keupayaan untuk bertindak balas secara besar-besaran.

    Selepas kegagalan dua pelancaran pada awal tahun ini, Korea Utara mengatakan ia berjaya menempatkan satelit pengintip Malligyong-1 ke orbit minggu lalu.

    Korea Utara sejak itu berkata satelitnya telah menyiarkan imej dengan pemandangan angkasa dari tempat-tempat utama di Amerika Syarikat dan Korea Selatan, termasuk Rumah Putih dan Pentagon.

    Namun ia belum lagi mengeluarkan sebarang gambar satelit tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda