Wednesday, January 8, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan lanjutkan penutupan lapangan terbang

    SEOUL, 6 JAN – Pihak berkuasa Korea Selatan telah melanjutkan penutupan lapangan terbang di barat daya di mana sebuah pesawat Jeju Air terhempas dan membunuh 179 orang di dalamnya, kata Kementerian Tarah, hari ini.

    Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan 29 Disember lalu, apabila penerbangan Jeju Air 2216 dari Thailand yang membawa 181 penumpang termasuk kru kapal mendarat di lapangan terbang Korea Selatan, merempuh penghadang konkrit dan kemudiannya terbakar.

    Penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Muan telah dilanjutkan sehingga 14 Januari, kata Kementerian Tanah dalam satu kenyataan kepada AFP, hari ini.

    Bagaimanapun, kementerian itu tidak menyatakan sebabnya tetapi dalam taklimat minggu lepas Timbalan Menteri Penerbangan Awam Korea Selatan, Joo Jong-wan, berkata ‘jika siasatan menjadi lebih lama, tempoh (penutupan) akan tertakluk kepada perubahan.’

    Mayat 179 orang yang terbunuh juga semuanya akan dikembalikan kepada keluarga hari ini, kata Pemangku Menteri Dalam Negeri Korea Selatan, Ko Ki-dong.

    “Proses penghantaran balik mangsa kepada keluarga dijangka selesai,” katanya pada mesyuarat kerajaan, hari ini.

    Penghantaran itu akan membolehkan keluarga mangsa untuk melaksanakan pengebumian untuk orang tersayang yang terkorban selepas menunggu selama seminggu. – AFP

    Pasukan penyelamat menemui enjin kedua pesawat Jeju Air Boeing 737-800 yang terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 4 Januari. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda