Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Korea Selatan lepasi kemuncak Omicron

    SEOUL, 28 MAC – Presiden Korea Selatan Moon Jae-in hari ini berkata, negara itu telah melepasi kemuncak gelombang terburuk COVID, disebabkan varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

    Bagaimanapun, beliau meminta usaha dipertingkat untuk memastikan bilangan pesakit yang kritikal dan kematian terkawal, menurut agensi berita Yonhap. “Baru-baru ini, Omicron sudah mencapai kemuncaknya dan penyebaran virus itu semakin perlahan,” kata Jae-in dalam pertemuan beliau dengan pembantu kanannya.

    Namun, Jae-in berkata, Korea Selatan masih belum terlepas daripada ancaman gelombang Omicron.

    Beliau memberi amaran jumlah pesakit yang sakit teruk atau kritikal serta kematian dijangka meningkat.

    Presiden Korea Selatan itu menggesa pemerintah agar melakukan segala yang termampu untuk menstabilkan tindak balas perubatan dengan tumpuan ke arah mengurangkan bilangan pesakit yang sakit teruk atau kritikal serta kematian, tambah Yonhap.

    Beliau juga menggesa orang ramai supaya mendapatkan suntikan penggalak sambil menekankan bahawa tiga pusingan vaksin telah mengurangkan bahaya daripada COVID.

    Kes baru COVID di negara itu hari ini turun di bawah 200,000 buat pertama kali dalam 25 hari, dengan pihak berkuasa kesihatan menyatakan bahawa gelombang Omicron mencapai kemuncaknya sekitar minggu lalu.

    Kira-kira 64 peratus penduduk negara itu sudah menerima suntikan penggalak, 44.47 juta atau 86.7 peratus penduduk pula sudah lengkap divaksin, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...