Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan mungkin tingkatkan sokongan kepada Ukraine

    SEOUL, 14 NOV – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata negaranya mungkin mempertimbangkan untuk meningkatkan sokongan kepada Ukraine, bergantung kepada tahap penglibatan Korea Utara dalam perang Rusia-Ukraine, lapor agensi berita Yonhap, memetik satu wawancara yang diterbitkan hari ini.

    Dalam wawancara bertulis dengan agensi berita Sepanyol, EFE, Yoon memberikan kenyataan itu menjelang lawatannya ke Amerika Selatan untuk Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Peru dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Brazil.

    Seoul dan Washington mendakwa bahawa tentera Korea Utara, yang ditempatkan di kawasan barisan hadapan di Kursk, Rusia kini terlibat dalam pertempuran menentang tentera Ukraine.

    “Jika kedua-dua pihak tidak menghentikan tindakan ketenteraan berbahaya mereka, kami bersedia melaksanakan langkah-langkah berkesan yang sesuai, termasuk memperkukuh sokongan kepada Ukraine bersama dengan sekutu dan negara-negara sehaluan,” kata Yoon dalam wawancara itu. – Bernama

    Yoon Suk Yeol (gambar) berkata negaranya mungkin mempertimbangkan untuk meningkatkan sokongan kepada Ukraine, bergantung kepada tahap penglibatan Korea Utara dalam perang Rusia-Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda