SEOUL, 2 DIS – Korea Selatan hari ini memecahkan rekod harian tertinggi jangkitan koronavirus pada hari kedua berturut-turut, dengan lebih 5,300 kes baharu, ketika bebanan meningkat ke atas sistem kesihatannya yang bergelut dengan pertambahan kemasukan ke wad dan kematian.
Penularan pantas varian Delta berlaku di tengah-tengah kemunculan varian baharu Omicron yang dilihat lebih mudah menular berbanding strain virus sebelumnya dan menyemarakkan kebimbangan bagi penderitaan pandemik berpanjangan.
Sejak mengesan jangkitan Omicron pertama kelmarin, Korea Selatan telah mengesahkan enam kes, semuanya dikaitkan dengan ketibaan dari Nigeria, menyebabkan kerajaan mengetatkan kawalan sempadannya.
Negara itu mengehendaki semua penumpang tiba dari luar negara dalam masa dua minggu untuk menjalani kuarantin mandatori sekurang-kurangnya 10 hari, tidak mengira kewarganegaraan dan status vaksinasi mereka.
Korea Selatan sejak Ahad juga telah melarang pengembara asing jangka pendek yang tiba dari lapan negara selatan Afrika, termasuk Afrika Selatan dan kini melaratkan peraturan sama kepada warga asing dari Nigeria. – AP
