Monday, February 24, 2025
21.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan pilihan UNESCO

    SEOUL, 7 Nov – Korea Selatan pada Selasa berkata negara itu telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menubuhkan satu institut bagi daftar dokumentari warisannya, lapor agensi berita Yonhap.

    Pusat Antarabangsa bagi Dokumentari Warisan (ICDH) akan dibina di Cheongju, 137 kilometer di selatan Seoul.

    Cadangan itu diluluskan secara unilateral pada mesyuarat agung ke-39 UNESCO yang berlangsung di Paris pada Isnin (waktu Paris), menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

    ICDH itu direka untuk mengekal dan melindungi dokumentari warisan serta sebagai sokongan yang lebih baik kepada pelbagai aktiviti UNESCO bagi memulihara serta memberikan akses sejagat kepada aset kebudayaan.

    UNESCO telah memilih Korea Selatan untuk menubuhkan satu institut ICDH di Cheongju, Selatan Seoul. – AFP

    Arkib Negara Korea telah bekerjasama dengan pegawai UNESCO Korea untuk menganjurkan penubuhan itu dan mengemukakan cadangan rasminya pada Mac tahun ini.

    Ia bakal menjalin kerjasama dengan kerajaan tempatan di bandar Cheongju berhubung pembinaan ICDH, yang dijangka siap menjelang 2019.

    Bandar Cheongju telah dipilih kerana sejarah perkembangan industri cetaknya, kata kementerian itu.

    Ia merupakan tapak di mana buku pertama yang dicetak menggunakan alat cetak logam mudah alih, iaitu Jikji, dihasilkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda