Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Korea Selatan sambung latihan artileri di sempadan

    SEOUL, 2 JULAI – Korea Selatan menyambung semula latihan artileri berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada Selasa buat kali pertama dalam tempoh enam tahun, lapor Yonhap.

    Tindakan itu dibuat selepas Seoul pada 4 Jun menggantung sepenuhnya perjanjian ketenteraan 2018 yang dimeterai dengan Korea Utara sebagai tindak balas terhadap insiden belon berisi sampah dan percubaan Korea Utara mengganggu isyarat GPS berhampiran pulau-pulau sempadan.

    Menurut tentera darat, latihan itu melibatkan meriam katak atau howitzer K9 dan K105A1 di barisan hadapan di wilayah Gyeonggi dan Gangwon.

    Sebelum ini, latihan artileri dan tentera laut serta pergerakan pada peringkat rejimen dilarang kerana zon penampan darat dan maritim yang dibina di kawasan itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...