Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan sumbang vaksin kepada Iran

    SEOUL, 25 OKT – Korea Selatan akan menyumbangkan vaksin COVID-19 kepada Iran dalam usaha kemanusiaan membantu negara Asia Barat itu menangani kekurangan vaksin, kata Kementerian Luar Korea Selatan hari ini.

    Satu juta dos vaksin AstraZeneca dijadualkan tiba di Iran pada Rabu setelah Korea Selatan menyaksikan Tehran diletakkan di bawah krisis kemanusiaan yang serius, disebabkan oleh kekurangan vaksin COVID-19, kata kementerian di Seoul itu dalam satu kenyataan.

    Kementerian itu berkata sumbangan vaksin itu akan melambangkan hubungan persahabatan selama enam dekad yang telah terjalin antara kedua-dua negara, selain Korea Selatan telah menyertai usaha global untuk menangani pandemik melalui sumbangan vaksin COVID-19, lapor Xinhua. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda