Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan tamatkan sekatan COVID-19

    SEOUL, 11 MEI – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini mengisytiharkan bahawa hampir semua sekatan COVID-19 ditamatkan termasuk pengasingan mandatori sekali gus menyaksikan negara itu beralih kepada fasa endemik.

    Yoon semasa mesyuarat tindak balas COVID-19 berkata tempoh kuarantin mandatori tujuh hari untuk pesakit COVID-19 akan dikurangkan kepada lima hari, lapor agensi berita Yonhap.

    Beliau berkata arahan pemakaian pelitup muka dalam bangunan juga akan ditarik balik kecuali di wad hospital dan tiada lagi ujian PCR sejurus ketibaan.

    Langkah itu berkuat kuasa 1 Jun manakala tahap krisis COVID-19 akan diturunkan daripada tahap serius kepada tahap berjaga-jaga.”

    Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi darurat kesihatan global. – Bernama

    Yoon Suk Yeol (tengah) bertepuk tangan kepada pekerja perubatan semasa mesyuarat Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat di pejabat presiden di Seoul, Korea Selatan, Khamis, 11 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda