Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan tolak senjata nuklear

    SEOUL, 1 Nov – Korea Selatan tidak akan membangunkan senjata nuklear walaupun berdepan ancaman Korea Utara.

    Presidennya Moon Jae-In menegaskan, sebarang desakan atau usaha Korea Utara tampil sebagai negara bersenjata nuklear tidak boleh diterima.

    “Kita tidak akan membangunkan atau memiliki senjata nuklear sendiri,” kata Jae-In ketika berucap di Parlimen, hari ini.

    Sejak beberapa bulan lalu, Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan paling berkuasa setakat ini serta peluru berpandu yang berupaya sampai ke tanah besar Amerika Syarikat (AS).

    Tindakan itu meningkatkan kebimbangan Seoul, khususnya pakatan keselamatan dengan Washington.

    Presiden Korea Selatan Moon Jae-In me-nyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Kebangsaan di Seoul pada 1 November 2017. Korea Selatan tidak akan membangunkan senjata nuklear walaupun berdepan ancaman Korea Utara. – AFP

    Media Korea Selatan dan ahli politik pembangkang negara itu mendesak AS menghidupkan semula program senjata nuklear yang ditamatkan di semenanjung berkenaan pada 1990-an.

    Sesetengah pihak menyarankan jika Washington tidak bersetuju, Seoul seharusnya membangunkan keupayaan nuklear sendiri bagi memastikan ia memberi keseimbangan terhadap tindakan keganasan di semenanjung itu.

    Jae-In berkata, pendekatan Seoul adalah berdasarkan deklarasi bersama untuk gencatan senjata di semenanjung berkenaan yang diisytiharkan kedua-dua Korea pada 1992. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda