Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U beri amaran lancar ujian nuklear

    SEOUL, 1 Mei – Korea Utara mengingatkan hari ini ia akan melancarkan satu ujian nuklear ‘pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi’ yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan, dalam retorik terbaru yang mencetuskan kebimbangan di rantau.

    Ketegangan di semenanjung Korea telahpun meningkat berminggu-minggu lamanya, dengan tanda-tanda yang menunjukkan Utara mungkin bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu jarak jauh atau ujian nuklear keenam dan dengan Washington enggan mengetepikan satu serangan tentera sebagai respon.

    Seorang jurucakap untuk kementerian luar Utara berkata Pyongyang “bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas terhadap mana-mana opsyen yang diambil oleh AS.”

    Rejim itu terus merangsang keupayaan ‘serangan nuklear terlebih dahulu’ melainkan Washington membatalkan dasarnya, kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita KCNA.

    “Tindakan DPRK untuk merangsang kuasa nuklear kepada maksimum akan diambil dalam cara berturut-turut pada bila-bila masa dan mana-mana tempat yang ditetapkan oleh pucuk pimpinannya,” tambah jurucakap, jelasnya merujuk kepada ujian nuklear keenam dan menggunakan nama rasmi Utara, Republik Demokratik Korea.

    Utara telah menjalankan lima ujian nuklear dalam tempoh 11 tahun yang lalu dan dipercayai mencatat kemajuan ke arah pencapaian impiannya untuk menghasilkan peluru berpandu yang berupaya menghantar kepala peluru ke benua Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda