PYONGYANG, 6 JAN – Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu hipersonik, lapor Xinhua, memetik laporan rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) hari ini.
Akademi Sains Pertahanan melancarkan peluru berpandu itu kelmarin, dan bergerak sejauh 120km sebelum mengenai sasaran sejauh 700km dengan tepat, membuktikan kemampuan sistem bahan api baharu, menurut laporan itu.
Ia merupakan ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.
‘Kejayaan berturut-turut dalam ujian pelancaran’ peluru berpandu hipersonik ‘mempunyai kepentingan strategik kerana ia mempercepatkan tugas dalam pemodenan sistem bersenjata negara itu,’ katanya. – Bernama