Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U buka semula sekolah

    SEOUL, 1 JUN – Korea Utara akan membuka semula sekolah-sekolah bulan ini selepas menutupnya akibat pandemik koronavirus, menurut laporan hari ini.

    Pyongyang tidak mengesahkan sebarang jangkitan namun telah mengenakan peraturan ketat, termasuk menutup sempadan dan mengasingkan ribuan rakyatnya.

    Penggal sekolah baharu – awalnya dijadualkan pada April – telah berulang kali ditangguhkan, walaupun beberapa buah universiti dan sekolah-sekolah tinggi telah dibenarkan untuk menyambung semula kelas-kelas pada pertengahan April.

    “Pihak berkuasa pendidikan telah diminta untuk menyediakan termometer dan pensanitasi tangan di setiap pagar sekolah dan bilik darjah serta pejabat, sementara pekerja di sekolah dan tadika telah dinasihatkan untuk mematuhi dasar anti-virus,” menurut laporan agensi berita Yonhap. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda