SEOUL, 3 MAC – Media rasmi negara Korea Utara menunjukkan beberapa keping gambar pemimpin Kim Jong Un memerhatikan latihan apa yang digelar ‘artileri jarak jauh’, selepas Seoul berkata Pyongyang telah melancarkan dua balistik jarak dekat dalam percubaan senjata mereka buat kali pertama sejak berbulan-bulan.
Imej dari akhbar Rodomg Sinmun termasuk beberapa keping gambar menunjukkan pelancaran sistem roket, dan beberapa kaliber besar roket dilepaskan dari pusat pelancaran di dalam hutan.
Latihan tersebut dijalankan ketika Korea Utara berusaha menghalang ko-ronavirus dari merebak tetapi Kim – yang memakai baju kulit dan sarung tangan – tidak memakai penutup muka memerhatikan pelancaran itu, walaupun para pegawai lain menutup mulut mereka.
Kim menunjukkan ekspresi ‘sangat berpuas hati’ dengan keputusan tersebut, memberitahu askar untuk sentiasa ingat ‘hati yang keras dan patriotik untuk mempertahankan seperti sekeras dinding besi negara sosialis yang lebih berharga dari jiwa mereka,’ agensi berita melaporkan. Korea Selatan berkata pelancaran kelmarin itu kelihatannya peluru berpandu balistik jarak dekat – yang Korea Utara bersenjatakan nuklear diharamkan daripada mengujinya di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Tentera Korea Selatan berkata bahawa dua peralatan telah dilancarkan menuju Timur menuju ke laut dari kawasan Wonsan di Utara Timur dan boleh terbang sejauh 240 kilometer dengan altitude maksimum 35 kilometer.
Korea Utara menjalankan beberapa siri latihan tahun lepas yang sering digelar sebagai sistem pelancar roket berganda dan sering kali tidak diendahkan oleh Presiden AS Donald Trump. – AFP
